Saturday, March 1, 2014

MASA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hai uolls, pekabor semua? Sihat? Kalau sihat alhamdulillah, kalau tak sihat gi jumpa doktor, gi klinik or farmasi, tak payah nak post kat wechat, twitter or facebook... Bukan boleh lega sakit pun... Serious sekarang ni zaman orang kena serang dengan virus demam. Kengkawan aku semua masing masing demam la, migraine la, sakit kepala la, sakit otak la(takdak ubat untuk sakit otak, mohon daftar masuk hospital bahagia). Aku pun nasib baik selsema ja, Alhamdulillah... Kalau tak assignment ke mana apa kemana... Haaa sudah... Ni muqadimah pun dah panjang lebar ni... Haha dah la takdak kena mengena dengan tajuk pun... lol

Ok jom kita bincang pasal tajuk entry kali nih... Apa motip aku letak tajuk masa??? Ada apa dengan masa??? Masa adalah anugerah Allah yang tak ternilai... Tak boleh nak ditukar ganti, tak boleh dibeli, tak boleh dijual, takboleh di _____ (sila isi tempat kosong).

Orang cakap masa itu emas, ada yang cakap masa ibarat air yang mengalir... Bagi aku MASA adalah MASA... Yes, MASA itu adalah masa, dalam konteks lain, masa tak boleh nak disamakan dengan apa apa benda... Terlalu mahal untuk disamakan dengan emas, terlalu penting untuk disamakan dengan air yang mengalir.

We often merungut yang masa tak mencukupi and masa semakin pantas berlalu. Apa kata kita reflek balik apa aktiviti yang digunakan untuk mengisi masa kita?

Firstly, tak dapat nak dinafikan yang teknologi semakin berkembang dengan pantas, so do the time yang berlalu dengan pantas. dengan erti kata lain teknologi mempercepatkan masa... Cuba bayangkan kalau setiap masa kita habiskan dengan twitter, then kita bukak pulak wechat, pastu chat dengan kawan(mesti lama kan kalau chat dengan kawan, almaklumlah semua benda dijadikan gosip, sampai makjah punya pintu rumah pun boleh jadi bahan) lepas wechat, check instagram, scroll lagi dan lagi, lagi dan lagi, lagi dan lagi...etc... Haaa tak sudah lagi??? bukak facebook, tengok status kawan(baru lepas korek hidung, heaven sangat) pastu lawan komen mengkomen, habistu bukak blog, check latest gossip yang hado... puas bukak blog, check online shop... tengok baju cecantik, walhal belinya tidak... haaa, nampak tak mana masa kita selalu dihabiskan??? bukan nak salahkan teknologi, tapi nak salahkan teknologi dan manusia yang mencipta teknologi dan manusia yang mengguna teknologi tanpa had... haaa sama laaa tuh kan... lololololololol

Second, bila dah ada teknologi slalunya kita mesti akan stay up sampai 2-3 pagi... of course la bangun lambat esoknya(subuh pun tak kan???) Haaa, kalau bangun awal pun gerenti petang tu akan dihabiskan dengan tidur... See??? Allah swt ciptakan malam untuk manusia tidur, siang untuk bekerja... Kat situ kita dah silap... Tapi itulah, kekadang malam baru ada mood, baru dapat idea, baru boleh karang entry blog kan... ehh??? Hahaha... Secara tak langsung, situasi nih dah hadkan penggunaan masa untuk kita... Dahnya kalau siang terbongkang malam bersengkang mata??? Nak keluar hang out memalam??? Jumpa kak pon atau kak lang free jaa... Paling hebat jumpa penangkap basah time korang tengah dating memalam buta... Dapat kahwin free... Hahahaha

Third, bila korang dah terlalu sibuk atau terlalu buat buat sibuk dengan urusan dunia... Konon sibuk dengan assignment, homework apa semua, pastu post kat facebook "banyaknya assignment tak siap, kena siapkan malam ni jugak" Pastu nanti ada la si polan ni komen, pastu korang balas balik... And the list keeps going on sampai akhirnya??? Assignment or homework tak siap pun... Buku tu kalau pi jual balik pun laku sebab tak bertulis, kemas dan cantik... Pastu bila deadline dah nak dekat, baru terhegeh hegeh nak siapkan, bersengkang mata siapkan projek, assignment, case study, homework, office work dan lain lain lain lain. Pastu solat kemana apa kemana. BERKAT TAK MASA KITA? Kalau dah tak solat nak berkat camna? nak niat solat ja? uisshhh syiah!!!!! hahaa havoc...

So in the end, the conclusion is...  Teknologi tu la yang membuatkan kita lalai sekaligus membuatkan kita rasa macam masa tak pernah cukup... Bila kita asyik dengan teknologi sampai lupa nak buat benda yang lebih penting, berkat tak masa kita? Bila masa tak berkat itu yang buatkan kita rasa masa tak pernah cukup... Ibarat duit, kalau duit tu tak berkat atau kita tak bersyukur dengan rezeki, mesti kita rasa tak cukup, and we feel like we need more of it... Right??? So as of today, jom kita kurangkan masa dengan gadget kita... Kita fokus untuk beribadah, insya allah masa yang kita ada akan lebih berkat. bila kita try to apreciate masa tu, insya allah kita akan sentiasa rasa masa yang ada sudah mencukupi untuk kita lakukan aktiviti yang lebih penting...

Satu lagi, bak kata kawan aku, UTAMAKAN YANG LEBIH UTAMA... So fikir-fikirkn lah yek, dah jangan lupa untuk selamat beramal...

sekian, yang baik itu dari Allah swt dan yang buruk itu dari saya. salah silap harap dibetulkan....


No comments: