Sunday, March 2, 2014

DUNIA YANG BERSIFAT SEMENTARA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

This is so sudden and everything was so sudden... Since aku ada a little bit of free time, aku nak share lah aku punya perasaan dalam blog yang berkemungkinan besar takdak visitor nih~ Haha, kalau ada yang membaca, ribuan terima kasih aku ucapkan sebab sudi membaca blog ini... Al maklumlah saya bukan se-fames bloggers Fatin Liyana mahupun Aizat Abdullah, lagi2 nak dibandingkan dengan Maria Elena, jauh sekali la gamatnya. Aku harap sangat sapa yang membaca ni, keep on supporting... Insya Allah...

Ok tujuan aku tulis entry kali ni ialah nak (macam aku mention kat atas) share aku punya perasaan dikala ini.
ya, nama aku Allif bin Omar, umur aku 19 tahun, aku seorang penuntut di Politeknik Merlimau Melaka, aku berasal dari Kedah Darul Aman. Aku anak yang ke 5 dari 5 beradik. Ayah aku seorang perasa tentera, mak aku seorang suri rumah. Alhamdulillah aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga aku. Aku bukan nak membangga diri tapi nak share, eventhough perbezaan umur kami adik beradik agak jauh, contohnya kakak sulung aku 30++ and aku baru 19, almost ten years differentkan, tapi hubungan kami tetap rapat. We have each others untuk mengadu masalah, untuk saling tolong menolong, untuk pimpin kejalan yang benar. Ayah aku imam, family belah ayah aku agak pious sikit... So do belah mak aku... Ok dah lari tajuk... Hahaha

Ok feeling apa yang aku rasa???? Haaa, baru baru ni, aku dapat berita dari kawan aku yang salah sorang kawan aku, yang sebaya dengan aku, umur 19, belajar di Universiti Sains Islam Malaysia, telah kembali ke rahmatullah, Al Fatihah kepada beliau, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Ok, masuk tajuk perasaan, kawan aku ni nak kata rapat tk sangat, just kawan aku... Dia ni seorang yang sangat baik budi pekerti, kat skolah pun dapat title imam muda, pengawas, dan lain-lain. Kehilangan dia sangat dirasai. aku yang kurang rapat ni pun terasa kehilangan dia, yang sangat rapat sampai layak bergelar sahabat? Lagilah kan.

So lepas aku dapat berita, otak aku berhenti sekejap dari berfikir tentang hal hal keduniaan. Aku terfikir, arwah banyak buat baik, banyak beribadat, tengok muka pun sejuk ja hati, soleh, dan lain-lain. Aku? Jauh sekali nak sampai tahap dia. Dan aku terfikir, adakah aku sudah bersedia jika mendapat panggilan dari Yang Maha Pencipta? Adakah aku bersedia? Aku? Bersedia? Wallahualam... Aku takut, takut sangat, takut sangat kalau Allah panggil aku masa aku tengah buat benda yang lagha. Aku takut sangat Allah panggil aku sebelum aku sempat bertaubat. Nauzubillahiminzalik

Dan kebetulan aku terdengar berita tentang sepasang kekasih accident dilanggar kereta semasa sedang membonceng motosikal bersama tanpa ikatan yang sah. Aku takut, ya allah aku takut... Bukan takut mati, tapi takut mati sebelum bertaubat. Banyaknya dosa aku ni... Then dari situlah aku nak berubah menjadi lebih baik, sungguh aku cakap aku terlalai sedikit dari mengingati allah swt, aku solat cukup lima waktu, tapi cukupkah dengan solat lima waktu sahaja??? Membuat ibadat sunat yang lain??? Sejak sambung belajar aku terlalu busy dengan assignment sampai jarang membaca Al Quran, bodohnya aku. Sanggup tinggal kepentingan akhirat demi mengejar kepentingan dunia.

Jadi, aku berfikir, dan aku telah sedar dari mimpi. Aku terlupa sesuatu sebab terlalu leka dibuai mimpi. DUNIA BERSIFAT SEMENTARA. Semua yang hidup pasti akan pergi menghadap Ilahi. Semua yang Wujud pasti akan Pupus, Yang berada diatas pasti akan jatuh, yang Jatuh pasti akan keatas, makanan yang sedap akan jadi tak sedap bila perut dah penuh, am i right? Correct me if im wrong please. Aku perlu membuat perubahan, kita perlu membuat perubahan. Dengan erti kata lain berhijrah. Setiap orang pasti perlukan penghijrahaan. Dan istiqamah dalam penghijrahaan jugak penting. Allah swt tak tengok hasil, Tapi yang lebih penting iaitu Usaha. Kita cuma hamba yang bila bila masa ja Allah boleh tarik nyawa kita, Allah boleh tarik nikmat yang diberi. Bersyukur dan redha dengan apa yang terjadi. Insya Allah setiap perkara yang berlaku tak kira baik atau buruk pasti ada hikmah disebaliknya. Kita cuma perlu Yakin!!!

Insya Allah!!!!!

No comments: