Ariel bergegas
menuju ke pejabatnya. Akan tetapi, sebaik sahaja dia melangkah masuk kedalam
pejabatnya, tiada sesiapa yang sedang menunggunya. Dia keluar semula dan
memandang kearah setiausahanya yang sedang sibuk membuat kerja.
“Masa saya tiada ada orang cari tak?” Tanya Ariel.
“Oh lupa, Encik Nabil datang tadi, dia minta Encik Ariel ke
kedai makan kat depan sana tu.” Ujar
setiausahanya, Shiela yang tersenyum memandang Ariel.
Ariel hanya mengangguk dan berlalu pergi. Tiba-tiba dia
berpatah balik.
“Oh lupa, Shiela!”
“Iya Encik Ariel? Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?”
Tanya Shiela yang kehairanan melihat Ariel yang berpatah balik.
“Tak ada apa-apa, terima kasih ya.” Ariel tersenyum dan
berlalu pergi.
Ada-ada sahaja bos
aku nih, ujar Shiela dalam hati lantas kembali kepada kerjanya yang
terbengkalai tadi.
Sesampainya Ariel di kedai makan tersebut,
kelihatan nabil sedang rancak berbual dengan seorang wanita yang kelihatan
vogue dan bergaya. Nabil menoleh pandangan kearah Ariel dan melambai-lambaikan
tangannya kearah Ariel. Ariel menuju kearah tempat yang diduduki Nabil dan
wanita tersebut.
“Haa, jemput duduk.” Ucap Nabil terlebih dahulu.
“Hal penting apa yang engkau nak cakap dekat aku?”
“Kenalkan ini Natassia, Natassia ini Ariel. The one that
I’ve been talking about.” Natassia menghulurkan tangannya untuk bersalaman
dengan Ariel yang mengambil tempat duduk disebelah Nabil.
“Maaf, bukan mahram ni, tak boleh bersentuhan.” Ujar Ariel.
Wajah Natassia kelihatan tenang dan menarik semula tangannya. Kemerahan diwajah
jelas kelihatan walaupun riaknya masih tenang dan senyuman masih terukir
dibibir.
“Oh ya, aku ketandas sekejap.” Ujar Nabil meninggalkan Ariel
berduaan dengan Natassia. Keadaan agak tegang sementara.
“So, nabil told me that you have a daughter? Nama apa?” Natassia
memecahkan kesunyian antara mereka. Ketegangan jelas terasa diantara mereka.
“Yes, err… her name is Nurul Sakinah, she’s 5 years old.”
Balas Ariel sambil tersenyum.
“Oh, she must be very cute, actually I love children so much.”
Kini giliran wajah Ariel pula menjadi merah setelah melihat wajah manis Natassia.
Keikhlasan jelas terpancar dari wajah mulus tersebut.
“Maaf, saya hendak ketandas sebentar.” Lantas Ariel
meninggalkan tempat duduknya.
Dalam tandas,
kelihatan Nabil sedang tersenyum
sendirian sambil melihat skrin htc miliknya. “Apa semua ni?” Nabil tersentak
melihat kehadiran Ariel. “Apa kau buat kat sini?” soal Nabil kembali kepada Ariel
yang ternyata wajahnya merah padam.
Malu agaknya bila
ditinggalkan berseorangan bersama Natassia. Al-maklumlah, sejak dari bangku
sekolah lagi Ariel jarang bertegur sapa dengan perempuan kerana malu. Bila masuk
zaman belajar di universiti barulah Ariel cuba mendekati kekasih hatinya yang
ditemui sejak zaman matrikulasi. Fatonah. Dan sekarang, cuma Soleha sahaja
kawan perempuan yang dia ada.
“Dude, I did this because of you. Aku kesian tengok kau
merana seorang diri, so tak salahkan kalau aku pair-kan kau dengan someone.”
Ujar Nabil perlahan setelah melihat riak wajah Ariel yang masih sama.
“Ish, tapi dia tu free-hair de..” belum sempat Ariel
menghabiskan ayatnya Nabil memetik jari.
“Bro, yang tu boleh diubah, kau jangan risau. Natassia tu
baik, Cuma penampilannya sahaja macam tu. Kalau kau rapat dengan dia dan kau
suruh dia berubah perlahan-lahan, Insya-Allah dia akan ikut cakap kau.” Ujar Nabil.
Ariel diam membisu. Hatinya terasa berdebar-debar saat wajah Natassia menyapa
minda. Aduh, macam-mana ni?
Mereka berjalan
seiringan kearah meja mereka. Setelah Ariel melabuhkan punggungnya keatas
kerusi, Nabil meminta diri untuk pulang. “Eh, mak aku call suruh balik sekejap,
ada apa entah. Aku balik dulu ya, assalamualaikum.” Balas Nabil lantas berlalu
pergi. Bulat mata ariel. Natassia hanya tersenyum manis melihat wajah ariel
yang gelabah. Dari jauh, Nabil mengenyitkan matanya kepada Ariel lantas berlalu
pergi. Ariel hanya menggigit bibirnya.
______________________________________________________________________________
p/s~ seriously, aku tersangatlah sibuk dengan aktiviti orientasi haritu... oh yeah, dah masuk form six, upu xdpt(T,T) tpi da la tu hikmah disebalik semua nih, pandang kearah yg positif bukan negatif kay~ enjoy
No comments:
Post a Comment