Saturday, June 22, 2013

NURUL SAKINAH PART 6

“Mak tok! Ayah tok!” pantas Sakinah berlari kearah atuk dan neneknya. Mereka memeluknya dengan erat sambil mengucup pipi mulus Sakinah. “Assalamualaikum ayah, mak…” ujar Ariel lantas bersalaman dengan kedua orang tuanya.

“Ada angin apa yang tiba-tiba kamu balik ke sini? Dengan bagitahu pun tidak, kalau kamu bagitahu awal-awal sempat mak buatkan asam pedas cili api dengan ketam masak lemak kegemaran kamu tu.” Ariel tersenyum melihat ibunya, Datin Seri Sofea Balqis.

“Hah, ada apa ni kamu balik? Nak minta kebenaran untuk kahwin kah?” Ariel mengalihkan pandangannya kearah ayahnya pula, Datuk Seri Iskandar Shah.

“Ish ayah ni, kesitu pulak, takkan mak dengan ayah tak suka tengok orang balik?” kedua orang tuanya hanya tersenyum sambil mengusap lembut ubun Sakinah yang sedang memeluk nenek kesayangannya.

“Sebenarnya, Sakinah rindu sangat dengan mak tok dengan ayah tok dia ni ha…” ujar Ariel sambil mencubit manja pipi Nurul Sakinah. Sakinah hanya mencebik sambil mengusap-usap pipinya yang kemerahan.

“Haa apa-apa pun masuk dulu kedalam. Yanti, bibik Yanti! Ambil segala barang Ariel dalam kereta bawa masuk.” Pantas keluar wanita yang dipanggil dengan Yanti itu keluar dan menuju kearah kereta milik Ariel. Sebaik sahaja Ariel melangkah kaki masuk kedalam rumah banglow ibu bapanya, kelihatan seorang gadis yang berkulit putih dan tinggi lampai berlari-lari anak kearahnya lantas memeluk Ariel dengan erat.

“ABANG!” jerit gadis itu. Ariel menutup lubang telinganya agar tidak pekak. Gadis tersebut ialah Nurul Ariana, adik kepada Ariel. “Abang kenapa tak bawa kakak Soleha ikut? Boring tau duduk rumah ni sorang-sorang, mama tu ha, orang nak keluar dengan kawan-kawan pun tak bagi, nak keluar ke perpustakaan pun tak bagi, nak pakai pakaian berfesyen pun ibu tak bagi.” Rungut Ariana. Ariel tersenyum melihat adiknya yang dari tadi mencebik sambil membuat muka manja.

“Mesti ada sebab kenapa mak tak bagi Ariana keluar kan?” ujar ariel dengan nada curiga sambil menggariskan senyuman memerli kepada adiknya. Keningnya diangkat dua kali. Double jerk.

“Hah, asyik-asyik nak keluar dengan si Nazim tu sahaja… kemana sahaja berdua. Kalau keluar ramai-ramai mak tak kisah sangat. Ni tak, naik kereta dengan Nazim tu berdua pergi perpustakaan, keluar pergi mall. Ish, kamu tahu tak Datuk Hisyam sendiri pun pening dengan perangai anaknya itu, siap bagi warning lagi pada mak, katanya jangan bagi Ariana dekat dengan Nazim demi kebaikan Ariana.” Leter Datin Sofea.

“Mama, Nazim tu budak ba…” belum sempat Ariana menghabiskan Ariel sudah meluku kepala adiknya itu.

“Hah, abang kenal sangat si Nazim tu, kamu bukan orang pertama yang dia asyik berkepit, sebelum ni pun Nabil selalu cerita perihal adiknya itu. Selalu sangat keluar berdating. Abang tak suka kamu berkawan dengan dia. Ada faham?” ujar Ariel pula. Ariana hanya mencebik dan terus berlari menaiki biliknya. Ariel hanya memanjatkan doa dalam hati agar allah swt membuka pintu hati adiknya supaya menjauhi Nazim, adik kepada sahabat karibnya, Nabil serta anak kepada rakan baik ayahnya, Datuk Hisyam. Terlintas difikirannya, Nazim tu sebenarnya ikut perangai siapa? Ayahnya seorang yang behati mulia, Nabil juga tidak pernah buat hal pelik-pelik sepanjang perkenalan mereka. haishhh, benarlah pepatah lama yang menyebut iman itu tak dapat diwarisi.

“Dah dah, mari makan, sakinah mana?” Tanya datin sofea. Ariel tersedar dai lamunannya.


“Eh eh? Iyala, Sakinah! Sakinah!” panggil Ariel. Sahutannya tidak bersahut. 

***********

p/s-To all the readers, mohon maaf sangat-sangat sebab kebeakangan ni sibuk ya amat sampai berhabuk blog nih!!! Dengan study-nya, kenduri la, nak ber-gathering dngn kwn2 yg dah masing2 nak pi jauh2 lagi~ sooooo sibuk~ and sorry bebanyak sangat-sangat sebab part ni pendek sngt~ Insya Allah next time akan panjang lagi~

No comments: