Monday, May 6, 2013

NURUL SAKINAH PART 4

Imbas Kembali...

   Kureng banget engkau Soleha! Kau tak kasitahu pun yang mamat ni pun join dinner kita, desis Fatonah dalam hati. matanya melirikkan pandangan kepada Ariel yang sedang rancak berborak dengan rakan-rakan yang lain dihadapannya. 

"Eh kau ni apahal Fatonah? Sakit perut ke?" ujar Zainab, salah seorang ahli persatuan Pejuang Jihad. 

"Ehh, tak ada apa-apalah! I'm fine, seriously!" darah menyerbu kewajah Fatonah selepas ditanya Zainab. Malu! 

"Dia ni malu-malu ni, eh rilek la Fat, bukan ada singa nak makan kau pun..." ujar pengerusi persatuan Pejuang Jihad, Aakif Muhammad. 

   "Awat ni Fat? Hang tak selesa ka kita dok berkumpui qamai-qamai ni? Takpa, jom kita pakat-pakat asing meja, laki meja asing, pompuan meja asing..." ujar Saafiya yang memegang title naib pengerusi persatuan mereka dan juga orang Kedah. 

"Ehh, aku okay la, tak apa, ni dah cukup jauh ni, meja ni pun besar... eh mind me la guys... i'm seiously, absolutely fine~" ujar Fatonah dengan bersungguh-sungguh. Sejurus selepas Fatonah menghabiskan ayatnya, makanan yang dipesan sampai keatas meja. Setelah selesai menbaca doa makan, mereka mula menjamah makanan yang terhidang diatas meja.

   "Eh Soleha, kau cakap ada kawan kau minat kat si Ariel ni? siapa orang bertuah tu?" tanya Nabil kepada Soleha. Wajah Ariel dan Fatonah bertukar merah. 

"Amboi Nabil, lancang mulut nampak, aku cilikan mulut tu baru tau!" Nabil dan Soleha tertawa kecil melihat reaksi Ariel. 

"Kau nak tahu siapa?" ujar Soleha selamba sambil menepuk-nepuk bahu Fatonah. Menyedari perubahan diwajah Aakif, Soleha dan Nabil terus terdiam. 

"Haa, padan muka kau Nabil!" bisik Ariel sambil menunjukkan thumbs up kepada Aakif. 

   Aakif tersenyum. "Kau orang nak suka-sama suka tu boleh, aku tak halang, sebab cinta tu perasaan yang tak dapat nak dielak. tapi make sure lah yang cinta yang korang rasa tu hadir kerana Allah, cinta seorang insan kerana Allah swt ni banyak faedah. Kalau dah suka sama suka, terus ikat ikatan yang suci, perkara yang elok ni lebih baik di segerakan, tapi kalau tak mampu, baik hindarkan. Bukan apa, takut menganiaya mana-mana pihak." ujar Aakif panjang lebar sambil melirikkan matanya kearah Ariel dan Fatonah. Dalam diam, Fatonah mencubit peha Soleha yang duduk disebelahnya. 

"Aduh sakit la Fat!" jerit Soleha, semua pandangan tertumpu kearah Fatonah dan masing-masing tertawa melihat karenah kawan mereka yang amat pemalu itu. Ariel memandang Fatonah dengan penuh rasa ingin tahu.

Tamat Imbas Kembali...


"Aku bingung la Soleha." ujar Ariel kepada gadis yang duduk dihadapannya.

"hmm, I rasa baik you ikut sahaja cakap ayah Fatonah tu. Betul juga cakapnya, syarikat you juga akan berkembang. Lagipun, syarikat encik Zulqarnain tu pun syarikat yang sesuai juga kalau nak digabungkan dengan syarikat you." ujar Soleha. Ariel memandang wajah Soleha dan menundukkan pandangannya.

   Ada benar juga apa yang Soleha cakap. Syarikat ayah mertuanya itu menghasilkan bahan-bahan seperti kayu, batu bata dan simen, sesuai sangatlah dengan syarikatnya yang menghasilkan pelan sesebuah rumah. Tak perlulah bersusah payah memesan bahan-bahan dari syarikat pengeluaran lain yang sudah tentu akan meletakkan harga yang tinggi. "Tapi, itu bukan soalnya sekarang ni." Bentak ariel.

"Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi, ni satu peluang besar Ariel, peluang ni bukan datang selalu, lagipun untuk kebaikan syarikat kita juga." ujar Nabil yang berada di sebelah Ariel. Soleha mengangguk-angguk tanda setuju.

"Aku perlukan masa." hanya itu sahaja yang mampu dikeluarkan dari mulutnya. Hatinya masih terkenangkan segala usaha dan semangat yang dicurahkan oleh dia, isterinya serta beberapa orang lagi rakan seperjuangan mereka termasuk Nabil dalam usaha membangunkan AFS Snd Bhd dahulu.

"Dah buat meeting ke dengan pemegang saham syarikat?" tanya Soleha. Ariel tidak membalas pertanyaan itu. Hanya jasadnya sahaja berada disitu, fikirannya? Melayang entah kemana. Soleha mengalih pandangannya kearah Nabil. "Dah buat pun, semua ahli pemegang saham bersetuju sebab ini merupakan peluang terbaik untuk melonjakkan nama syarikat kami." balas Nabil bagi pihak Ariel yang sedang mengelamun entah kemana. Segala keputusan terletak ditangan Ariel memandangkan dia merupakan pemegang saham terbesar.

"Soleha rasa better Ariel buat solat sunat istikarah, minta petunjuk dari Allah swt." ujar Soleha dengan nada lembut dan menyengkan hati. Ariel pantas melihat wajah Soleha dengan pandangan sayu.

Mata mereka bertentang. secara automatik, Terasa kehadiran sebuah perasaan. Perasaan apa? Masing-masing cuba untuk memahami apa yang dirasa saat itu. "Ehem ehem! aku masih ada kat sini la..." Nabil berdehem sekaligus mematikan pandangan mata mereka. Wajah keduanya merah menyala. Nabil hanya tersenyum nakal menyaksikan gelagat rakannya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Daddy, bila mak cik Soleha nak jadi mama Sakinah?" tanya Sakinah dalam perjalanan ke tadika. Ha sudah, apa budak ni? Ingat dah lupa pasal tu.

"Ish apa Sakinah merepek ni?" ujar Ariel dengan nada lembut diikuti dengan belaian manja.

"Sakinah dah belajar apa dekat tadika?" ujar Ariel cuba mengubah topik perbincangan.

"Papa tak jawab pun soalan Sakinah!" bentak Sakinah. Amboi dia, kecik-kecik dah pandai soal kahwin nih. Jenuh aku nak menjawab. Aduhai, takkan sebab si kecik ni aku kena kahwin dengan Soleha.

"Sakinah tiap-tiap hari doa dekat allah bagi daddy kahwin dengan mak cik Soleha." Gulp.

Hambik kau Ariel, jawab jangan tak jawab. Kebetulan mereka sudah sampai ke destinasi yang hendak dituju. Selepas meletakkan kereta di lot parkir yang kosong. Ariel memalingkan wajahnya menghadap Sakinah dan mencuim dahi anak kesayangannya itu.

"Sakinah, daddy nak Sakinah belajar sungguh-sungguh, jangan risau pasal daddy tau." balas Ariel dengan nada manja.

"Sakinah nak Mama macam kawan-kawan yang lain! Aisya, Lili, Ahmad semua ada mama, Sakinah ja tak ada!" bentak Sakinah dengan nada yang keras lantas keluar dari kereta daddynya itu.

   Ariel menyoroti langkah anaknya dengan pandangan mata dan hati yang lara. Sedih melihat anaknya, sedih kerana teringatkan isteri kesayangannya. sedih teringatkan Soleha. Aik? Sedih teringatkan Soleha? Hati Ariel berdebar-debar disaat bayangan wajah Soleha tergambar di kotak mindanya. Tiba-tiba dia teringatkan Fatonah. Hatinya kembali sayu.

"Fatonah, maafkan abang. Abang tak berniat nak berubah hati. Fatonah yang pertama dan terakhir." ujar Ariel lantas beredar dari situ dengan minda yang kusut.

   Aku cintakan Fatonah, sama sekali takkan aku khianati cinta ni. Tapi baru-baru ni, lepas dengar permintaan Sakinah, hati ni rasa berdebar-debar sahaja bila bertentang mata dengan Soleha. Pantas kereta diberhentikan ditepi jalan. Tangannya laju mendail nombor telefon Soleha.

"Assalamualaikum. Soleha, awak free tak sekarang?"

"Waalaikumussalam, I tengah kerja, time lunch nanti mungkin free, kenapa?" balas Soleha.

"I ada hal penting nak cakap, boleh i jumpa you dekat kedai makan depan tempat kerja you?" panggian telefon dimatikan setelah mendengar jawapan daripada Soleha. Perjalanan diteruskan. Keretanya laju meluncur dijalan raya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Would you be my wife?" tanya Ariel kepada Soleha. wajah soleha semakin merah, dia tergamam mendengar pertanyaan daripada ariel yan langsung tiada berlapik. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba ajak kahwin? Apa maksudnya?

"A...ariel, you can't be serious right?" wajah Ariel semakin sayu selepas mendengar jawapan dari mulut Soleha. Pandangan matanya kelihatan tidak bermaya.

"I think so... Soleha, i miss her... i miss her so freaking much." birai mata Ariel semakin berair, hatinya resah, tidak mampu lagi untuk menanggung keperitan dihati. Walaupun sudah 2 tahun kehilangan Fatonah, Ariel tetap setia dan enggan mencari pengganti. Dia tidak mampu mencitai yang lain. Akan tetapi, Sakinah yang masih kecil perlukan kasih sayang daripada seorang ibu yang penyayang.

"I tak tahu nak cakap apa... tapi if you insist...?" belum sempat Soleha menghabiskan ayatnya, telefon Ariel menjerit minta dijawab. "Ya kenapa bibik?" tanya Ariel dengan pantas. Sejurus selepas itu, riak diwajah Ariel yang pada mulanya sayu bertukar kepada terkejut. Kaget. talian telefon dimatikan.

"Kenapa ni? apa yang berlaku?" tanya Soleha. Ariel melihat wajah Soleha dengan pandangan yang bertambah kusut dari sebelum ini.

"Sakinah hilang! Dia tak hadir di tadika hari ni." semangat Ariel semakin hilang. Soleha menekupkan mulutnya dengan tangan setelah mendengar perkhabaran buruk dari Ariel.

"Apa tunggu lagi, jomlah!" arah Soleha setelah melihat Ariel seperti patung tak bernyawa. Pantas Soleha mencapai kunci kereta yan terletak diatas meja. Ariel hanya mengikuti langkah Soleha.

Soleha duduk ditempat pemandu. Ariel serta merta mengerutkan dahinya, "Kenapa ni?" ujarnya.

"Biar I yang pandu, you duduk senyap!" bentak Soleha. Ariel sekali lagi hanya menurut perintah Soleha.

   Sesampainya di tadika Al-Munawarrah, Ariel bergegas berjumpa dengan guru yang ada. "Mana Sakinah?! pagi tadi saya lihat dengan mata kepala saya sendiri yang sakinah masuk kedalam tadika!" guru tersebut jelas kelihatan terkejut dan memberi isyarat tangan supaya Ariel bertenang.

"Kami dah hantar beberapa orang guru untuk mencari Sakinah. Memang benar, ada beberapa orang mrid ternampak kelibat sakinah pagi ni, dan ada juga yang ternampak Sakinah sedang bermain seorang diri di taman permainan di hadapan sana. Tapi bila kami ke sana , dia sudah hilang." terang guru tersebut dengan berhati-hati.

   Ariel mengeluh. Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini untuk menempuh segala ujian dari-Mu. Kau permudahkanlah segala urusan ku, Kau peliharalah keselamatan Sakinah walau dimana sahaja dia berada. sesungguhnya Engkau maha Pengasih lagi maha Penyayang.

   Ariel mengalihkan pandangannya kearah Soleha, "Jom kita keluar cari Sakinah sekali." Soleha mengangguk dan mengikuti belakang Ariel sejurus selepas melihat Ariel menapak keluar dari tadika tersebut.

"SAKINAH! SAKINAH!" laung Ariel dan soleha serta beberapa orang guru yang turut serta dalam ekspedisi mencari Nurul Sakinah yang menghilang entah kemana. Akhirnya Ariel membuat keputusan untuk mencari sakinah di deretan kedai serbaneka yang berada tidak jauh dari situ.

   Kelihatan Sakinah sedang duduk mencangkung sambil menjilat ais krim yang cair hingga meleleh ketangan. Mata Ariel berkaca. Dia berlari mendapatkan anaknya dan memeluk Sakinah sekuat hati. Pandangan yang diberikan oleh orang yang lalu-lalang tidak dipedulikan.

"Sakinah tak sayang daddy? Sampai hati sakinah bagi daddy risau!" jerit Ariel. Hendak dimarah, kang lagi teruk rajuk anaknya itu. Pipi Sakinah juga mengalir dengan air mata. Sakinah membalas kembali pelukan daddynya dan mula berteriak. Soleha dan beberapa orang guru lagi tercegat melihat drama dihadapan mata. Soleha merapati Sakinah dan memeluk sakinah selepas Ariel melepaskan pelukannya.

"Sakinah, jangan buat macam ni lagi ya sayang? Tahu tak betapa risaunya daddy dengan mak cik Soleha? kesian dekat daddy Sakinah ni ha..." tutur Soleha dengan lembut. Tangisan sakinah semakin menghilang dek melihat wajah ayu Soleha.

"Mak cik Soleha, bila mak cik nak kahwin dengan daddy Sakinah?" ujar Sakinah nakal. Sempat lagi budak ni? Aku debik sebijik kang, haihhh. Bisik hati kecil Ariel. Dilihatnya wajah Soleha yang bersahaja selepas diajukan soalan sebegitu menghairankan dirinya.

"Nantilah ye? Mak cik dengan daddy Sakinah sibuk dengan kerja. Nanti ada masa kami kahwin ye sayang?" perkataan yang keluar dari bibir merah milik Soleha membuatkan darah menyerbu kewajah Ariel. Biar betul dia ni? Soleha memandang Ariel dan mengejipkan matanya sambil melukis senyuman diwajah. Aduh, time-time sebigini?Senyuman tu dah menghilangkan semua kekusutan dihati, buat sementara waktu.

"Yay! Sayang mak cik Soleha! Ehh, Sakinah nak panggil mak cik Soleha mama lah! Bolehkan?" Soleha mengangguk tanda memberi kebenaran disaksikan oleh Ariel yang tanpa sedar tersenyum melihat wajah Soleha.

   Akhirnya mereka beredar kembali ke tadika. Dalam perjalanan pulang, Ariel tidak henti-henti memohon maaf kepada guru-guru yang terpaksa keluar mencari Sakinah bersama.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Sakinah, daddy hantar Sakinah jumpa mak tok nak?" tanya Ariel kepada Sakinah semasa mereka dalam perjalan menghantar Soleha kembali ke tempat kerjanya.

"Balik kampung? Nanak! Sakinah rindu dengan mak tok dan tokwan!" jelas kegembiraan terpancar diwajah Sakinah setelah perihal mak tok dan tokwan nya disebut. Ariel juga sudah lama tidak menjenguk kedua orang tuanya dikampung. Hatinya Mulai rindu dengan kedua orang tuanya.

"Minggu depan ye balik?" tanya Soleha pula. Ariel mengangguk-angguk.

   Sesampainya dihadapan bangunan dimana tempat Soleha bekerja, Soleha terus mencapai beg tangannya dan meminta diri. Ariel turut keluar daripada keretanya dan memanggil Soleha.

"Pasal yang awak cakap dekat Sakinah tadikan..." Soleha hanya tersenyum melihat Ariel dihadapn matanya.

"Budak-budak ni, kadang-kadang kita iya-iyakan sahaja apa yang mereka hendak. Nanti kata tak boleh, mereka merajuk, jadi macam tadi, siapa yang susah? Awak jugakan?" ujar Soleha persis Seorang pakar rumah tangga. Hakikatnya, dia merupakan seorang peguambela yang mempunyai status sendiri didalam dunia guaman.

   Ariel sekali lagi hanya mampu mengangguk tanda setuju dengan apa yang diucapkan oleh Soleha. dia menghantar soleha masuk kedalam banggunan terebut dengan pandangan mata dan hati yang berdebar sakan. lantas digeleng-gelengkan kepalanya. tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia mengeluarkannya dari poket seluar dan menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum." ucap Ariel.

"Waalaikumussalam, kau kat mana ni?" ujar nabil didalam talian.

"Aku depan company Soleha. kenapa? Ada hal urgent ke? Meeting?" tanya Ariel.

"Tak ada la urgent, tapi aku nak jumpa kau sekarang kat ofis." balas Nabil.

"Ada apa sebenarnya?"

"Ada la, kau cepat sikit, aku tunggu." balas Nabil lantas talian dimatikan. Ada apa? Tiba-tiba sahaja suruh cepat.....

Bersambung...


(p/s= plan nak post kelmarin, tapi suasana tengah hangat dngn PRU13 plak, tu yang jadi malas nak post lagi... haha, BTW, enjoyyyyyyy)

No comments: