Monday, April 29, 2013

NURUL SAKINAH PART TWO

Imbas Kembali...

"Tunggu la aku! Jalan mengalahkan pelesit!" ujar Fatonah kepada Soleha yang jauh dihadapan. "Ish kau ni! Kau tu yang kena cepat! Jalan mengalahkan siput tut tut! Kau tau tak kita dah lambat! Aku dah serik tau kena marah dengan Prof Misai Kucing tuh!" jerit Soleha kembali. 

   Dia terhenti seketika menunggu Fatonah yang kelihatan kelam-kabut mengisi helaian-helaian kertas kedalam fail biru miliknya. Fatonah hanya tersenyum dalam keadaannya yang berlari-lari anak kearah Soleha yang terhenti seketika merenungnya. Hah, cabuk punya jam loceng, time-time macam ni la dia nak habis bateri, haishhh. Keluh Soleha sendirian. 

   Sesampainya didalam bilik kuliah, mujurlah Prof Misai Kucing ataupun nama sebenarnya Profesor Azizan tidak sampai lagi, kalau tidak habis sepanjang kelas mereka akan jadi bahan perliannya. "Ramai bebenor nyaa orang, tu hah, kat blakang tu ada satu tempat kosong, jom!" Soleha menarik tangan Fatonah dengan erat dan membawanya ke salah satu tempat duduk yang masih kosong didalam kuliah yang besar tersebut. 

Dup dap dup dap.

   Eh dialah! Macam mana ni! Kenapa tak perasan mamat ni ada di tepi aku! Aduhhhhhhh. Bisik Fatonah sendirian sambil mencuri-curi pandang kearah seorang lelaki yang berkulit putih, tinggi dan mempunyai wajah yang tampan. "Mana paper yang aku ba..." Soleha tidak menghabiskan ayatnya, sebaliknya dia mendekatkan wajahnya kepada Fatonah yang wajahnya kemerah-merahan. 

   Kemudian dia memandang kearah lelaki tersebut lantas mengukir sebuah senyuman. "Ariel pandang kau tu..." bisik Soleha ke corong telinga fatonah yang dilitupi tudung berwarna hitam. "Hah! apa?! mana?!" Soleha tertawa kecil melihat kegelabahan bff-nya yang juga merangkap sebagai room mate-nya. "Ish kau ni!" Fatonah mencebik dan menundukkan semula pandangannya kearah helaian-helaian kertas diatas mejanya. 

   Didalam diam, Ariel mencuri pandangan kearah Fatonah yang lengkap bertudung labuh bewarna hitam dan baju kurung bewarna merah jambu. Fatonah merupakan gadis idamannya sejak mereka belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang lagi. 

   Akan tetapi, dia langsung tidak berani untuk cuba mendekati gadis itu. Takdir Allah swt menemukan mereka sekali lagi di Uitm Shah Alam dan secara kebetulan, mereka berada didalam kelas yang sama sejak diawal semester hingga akhir semester ini.

Tamat imbas kembali...

   "Tak kacau awak ke petang-petang ni?' ujar Ariel kepada Soleha sejurus selepas menjawab salam yang diberikan.
"Eh, tak la... lagipun hari ni saya half day. Kes yang latest pun baru selesai minggu lepas so still boleh rilex-rilex dulu." ujar Soleha yang bekerja sebagai peguam bela di sebuah syarikat ternama.

   Sesampainya di 1utama, Sakinah pantas menuju ke kedai ais cream Baskin Robin. Ariel tertawa kecil melihat karenah anak perempuan kesayangannya itu. Sakinah terjenguk-jenguk seraya menunjukkan perasa yang disukainya. Pandan, sama seperti Fatonah. Ariel tersenyum hambar. Soleha memandang wajah Ariel yang kesayuan kerana dia juga teringat akan sahabat baiknya, Fatonah.

   Sesudah Sakinah menghabiskan ais krimnya, Ariel meminta izin untuk menunaikan solat maghrib disurau shopping mall tersebut selepas melihat jam Versace Men miliknya. "Saya ke kedai permainan ya." balas Soleha. Ariel berlalu pergi meninggalkan Sakinah dan Soleha.

   Doa selepas solat selesai dibaca. Tiba-tiba, Samsung Galaxy S4 nya bergetar didalam poket seluarnya. Dia mengeluarkan smartphone tersebut dan tertera nama Encik Zulqarnain di skrin. dia menjawab panggilan lelaki tersebut, "Ya ayah, ada apa?" ujarnya kepada lelaki yang digelarkannya ayah itu. "Ayah nak jumpa kamu. Bila kamu ada masa lapang?" balas suara garau tersebut. "Err, esok time lunch. Insya allah." balas Ariel dengan hormat. "Baik, jumpa kamu di kedai makan depan syarikat ayah." Ariel bersetuju lantas panggilan telefon dimatikan. Ada apa pula ayah ni, tiba-tiba sahaja. Gumam Ariel sendirian.

   "Papa!" jerit Sakinah sejurus selepas melihat wajah ayahnya. Kelihatan Sakinah sedang memegang sebuah beg membeli belah dengan tertera logo Toy's r Us dihadapan plastik tersebut. "Soleha, awak belikan anak patung lagi dekat Sakinah ni?" Soleha mengangguk-angguk sambil tersenyum.

   Oh manisnya senyuman mu Soleha. Alangkah indahnya kalau aku dapat melihat senyuman itu setia hari. Sakinah menyiku tangan Ariel membuatkan Ariel tersedar daripada lamunannya. "E..eh jom, jom balik." ujar Ariel. Soleha memandang Ariel dengan pandangan yang pelik. "Awak sakitkah?" tanya Soleha. Ariel menggelengkan kepala seraya mengukir sebuah senyuman di bibir dan memegang tangan kiri Sakinah. Soleha memegang tangan kanan sakinah. Mereka berjalan menuju ke kereta yang terletak di parking lot.

   Lampu isyarat berwarna merah, Ariel memberhentikan keretanya lantas melihat gelagat anaknya. "Ish, tunggulah balik rumah nanti baru selongkar semua." Sakinah menjelirkan lidahnya kearah Ariel. "Haaa Sakinah, ingat tak apa nenek cakap haritu, tak baik jelir lidah. Nanti tuhan potong lidah Sakinah macam mana?" nasihat Soleha dengan nada lembut tapi tegas.

   "Alaa mak cik Soleha ni, dah macam mama Sakinah dah. Apa kata kalau nanti mak cik kahwin dengan papa Sakinah? Tak la Sakinah kena jejek lagi di tadika." kata-kata Sakinah membuatkan wajah kedua-dua mereka merah. Ariel menoleh kebelakang, mata mereka bertentangan. Adusss, Sakinah ni, ada ke patut dia suruh aku jadi mak dia, maknanya aku kena kahwin dengan Ariel lah! ish, tak seronoklah orang pandang,. Tapikan, Ariel ni kacak juga ya. Bisik hati kecil Soleha sendirian.

Bersambung......

(p/s: baru lepas keluar tiga hari.... ingatkan malam jumaat tu nak terus sambung, tapi no need to worry, here i come... komen dialu-alukan, kalau salah silap harap diperbetulkan. jangan lupa follow blog ni sama! haha)

No comments: