Thursday, April 25, 2013

NURUL SAKINAH-PART ONE

ASSALAMUALAIKUM TO ALL MY READERS yang tak henti-henti baca setiap entry baru aku....

RIBUAN TERIMA KASIHHHHHH YANG TAK TERHINGGA!!!!!!

okay okay okay, muqadimah dulu..... 
hmmm, nurul sakinah~ siapakah??? awek sayakan??? kakak sayakah??? ibu sayakah???
JAWAPAN??? 
novel pendek saya yang saya nak muatkan kedalam entry kali ni dan selepas-selepas ni!!!
actually, i've been writing some short stories since form 1... but i've burned and deleted all of them sebab malu yang tak terhingga bila baca balik... macam budak2!!!! so masuk form 4, i tried to improve my writing by reading a lot of good novel that my sis brought, but so far, my most favourite novel is MARIA... the story is about a girl, whom her mom is a strong christian believer, and her father is an important person in an organisation to bring the name of atheist to the eyes the world.... stuck between christian and atheist, she fell in love with this muslim guys who showed her that islam is beautiful and make her fell in love and converted into islam... KISAH BENAR!!! zaman pemerintahan kamal ataturk, and the writer also masuk penjara after the releasing of this novel. 

ok, manyak melalut maaa... jom layan dulu short stories saya nih~


Masa- Tadika Al-Munawarrah
Jam- 9.45am

   "Saya minta maaf diatas kenakalan Nurul Sakinah ni cikgu." ujar Ariel kepada guru tadika anaknya. Sakinah yang berusia 5 tahun menangis teresak-esak mula mengelap air matanya seraya berkata, "Dia yang pukul Sakinah dulu abi! Dia bilang Sakinah malang, tak ada ibu!" Ariel melihat wajah anak kesayangannya yang tidak berhenti-henti menangis kemudian mengalihkan pandangannya kepada sepasang suami isteri yang mengusap-usap kepala anak mereka diluar bilik guru tersebut. kelihatan anak tersebut juga menangis. "Cikgu, betulkah apa yang anak saya cakap ni?" tanya Ariel kepada guru tersebut. Beliau hanya mengangguk sambil memperbetulkan cermin matanya. Ariel keluar untuk berjumpa dengan sepasang suami isteri tadi.

"Assalamualaikum." sapa Ariel.
Pasangan melayu tersebut hanya menjeling kearah Ariel.
"Tangan anak kami luka ni, siapa nak bertanggung jawab?" Tanya si suami dengan kasar tanpa menjawab salam yang diberikan. Ariel hanya tersenyum dan merenung tangan anak mereka yang tercalar sedikit.
"Saya minta maaf diatas kenakalan anak saya." ujar Ariel.
"Heh, minta maaf sahaja?" giliran si isteri pula membuka mulut.
"Adik, betul tak adik cakap pada sakinah yang dia malang dan tak ada ibu?" tanya Ariel dengan nada yang lembut kepada anak mereka. Budak perempuan tersebut hanya mengangguk-angguk. Wajah kedua ibu bapanya bertukar menjadi merah padam.
"Tapi tak perlulah sampai nak memukul." Ujar si isteri mempertahankan maruah dirinya yang sedikit tercalar.
"Iya betul, Tapi saya sudah minta maaf dengan kenakalan anak saya bukan? lagipun mereka masih kanak-kanak, tak tahu lagi yang salah dan yang benar. kita sebagai ibu bapa perlulah mendidik anak-anak dengan baik. insyaAllah saya akan menasihati anak saya supaya tidak memukul kawan yang cuba untuk mengejeknya lagi selepas ini" balas Ariel selamba.
   
   Mereka hanya terdiam tanpa seribu bicara seraya berlalu pergi. Ariel kembali kedalam bilik guru dimana anaknya yang sudah berhenti menangis itu berada. "Nurul Sakinah, tak baik pukul kawan ya sayang? lain kali kalau kawan-kawan ejek Sakinah lagi, buat tak tahu sahaja, tak pun report pada cikgu ni ya?" ujar Ariel lembut sambil mendongak melihat guru yang juga tersenyum melihat kemanisan yang terkandung didalam senyuman Ariel. "Nanti abi belanja makan Frozen Yogurt dengan mak cik Soleha ya?" pujuk Ariel. "Ya abi! Sakinah janji tak buat lagi!" ujar Sakinah keriangan.
   
   Ariel meminta diri setelah mencium dahi Sakinah. Dia keluar dari tadika tersebut dan menaiki Alfa Romeo Spider 3.2 V6 berwarna merah miliknya dan meluncur pergi di atas jalanraya. "Eh siapa tu?" ujar salah seorang guru tadika yang lain kepada guru tadi. "Itu ayah Sakinah, waahhh bergaya sungguh! Dah la kacak, putih berseri, dah tu, kaya pulak tu..." pujian yang melambung diberikan oleh guru tadika tadi kepada Ariel. "Jangan lupa, Duda pulak!" ujar guru seorang lagi. masing-masing mula angau kepada usahawan muda bernama Ariel Zawawi itu.
     
   Ariel masuk kedalam biliknya sejurus sampai ke tempat kerjanya. Tiba-tiba, telefon Samsung Galaxy S4-nya berbunyi. "Assalamualaikum" kedengaran suara seorang perempuan bercakap. "Waalaikumussalam Soleha..." balas ariel. "Saya dengar Sakinah bergaduh di tadika? Keadaan dia macam mana?" tanya gadis bernama Soleha itu dengan nada yang cemas. "Dah okay, bebudak tadika tu hah, ejek dia, mereka kata dia malang sebab tak ada ibu." ujar Ariel sambil melihat pintu biliknya dikuak dan seorang lelaki yang masuk dan duduk di kerusi di hadapan meja kerjanya. Dia memberikan isyarat tangan supaya lelaki itu tunggu. "Ok lah Soleha, lepas kerja nanti saya ambil awak dan Sakinah dirumah awak ya. oh ya, lagi satu terima kasih sebab sudi jaga Sakinah tau." ujar Ariel lantas memutuskan panggilan telefonnya.

   "Hah, apacerr?" ujar lelaki tadi. "Apacer apacer nya?" balas Ariel. "Aku bukan apa, aku kesian tengok engkau menduda ni, dah la baru 28 tahun, muda lagi tu, setia sungguh kau pada arwah Fatonah ya." ujar lelaki tersebut. "hmm, entah la Khairil, sejak Fatonah meninggal, hati aku langsung tak terbuka untuk menerima sesiapa lagi." balas Ariel sambil menyelak-nyelak fail-fail yang ada diatas mejanya. "Aku rasa baik kau kahwin sahaja dengan Soleha tu, segak pun segak, muslimah lagi, gebu ja aku tengok. kalau kau tak nak, ekjas la kat aku, aku tengah cari bini sekarang ni." ujar lelaki bernama Khairil itu dengan nada melawak. Ariel tersenyum lantas menjawab, "Eh Soleha tu kawan arwah tau, tak kan aku nak amik dia jadi bini. Kalau kau nak aku boleh jadi orang tengah." ujar Ariel lagi disamping tangannya masih menyelak-nyelak fail yang bertimbun-timbun itu.

    "Hah, ini dia, aku nak kau siapkan dalam seminggu sebab mensyuarat tu hari selasa minggu depan. Boleh?" ujar Ariel sambil memberikan fail berwarna indigo tersebut kepada Khairil. "Yes bos! InsyaAllah." ujar Khairil. Ariel merupakan CEO kepada syarikat tersebut, iaitu syarikat ASF Snd Bhd yang ditubuhkan oleh dia dan arwah isterinya setelah berhenti kerja di sebuah firma arkitek yang besar. Dia dan arwah isterinya bercadang untuk menubuhkan firma arkitek sendiri. Dengan pertolongan ayah arwah Fatonah yang juga mempunyai syarikat mega sendiri. Tiba-tiba, birai matanya mulai berair apabila melihat foto isterinya yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu.  Pesanan terakhir isterinya juga masih terngiang-ngiang dibenak mindanya. "Didik Sakinah dengan Islam, penuhi hidup Sakinah dengan nilai Islam, dan jaga Sakinah dengan Islam." setelah itu, isterinya terus pergi menghadap ALLAH SWT buat selama-lamanya. Dia juga redha dengan kepergian isteri tercinta.
  
   "Saya ada depan rumah awak ni." ujar Ariel dicorong telefonnya sementara menunggu didalam kereta dihadapan sebuah banglow dua tingkat. Seketika kemudian, pintu rumah tersebut dibuka dan kelihatan seorang gadis yang bertudung labuh, berwajah manis dan berkulit putih berseri keluar dari pintu rumah bersama Sakinah. Ibunya juga keluar dan tersenyum kearah Ariel, Ariel lantas membalas senyuman wanita yang separuh usia tetapi tetap kelihatan berseri itu. Perempuan tersebut bersalaman dengan ibunya begitu juga dengan Sakinah. Mereka masuk didalam kereta. Sakinah duduk di seat hadapan, manakala perempuan tersebut duduk di seat belakang. "Assalamualaikum" perempuan tersebut memberi salam. 
"Waalaikumussalam." balas Ariel.

BERSAMBUNG................

No comments: