Friday, May 3, 2013

NURUL SAKINAH PART 3

Imbas Kembali...

   "Ey Fatonah, kau minat sungguh ke kat Ariel tu?" wajah Fatonah yang pada mulanya khusyuk membaca nota diatas meja belajarnya  terkalih kearah wajah Soleha yang baru menghabiskan percakapannya. "Kenapa?" tanya Fatonah. "Tak laaaaa kawan aku rapat dengan si Ariel tu... Kalau kau nak kenal dengan dia aku boleh tolong jadi orang tengah..." balas Soleha dengan wajah selamba sambil menjilat ais krim paddlepop pelangi. "Ish, tak nak lah. nanti makwe dia kata apa pulak" wajah Fatonah kembali menghadap nota-nota diatas mejanya. " Dia mana ada makwe." balas Soleha lantas bangun dari katilnya dan keluar daripada kamar mereka.

   Dia tak ada makwe? Serious?Eh tapi dia nak ke kat aku? Bertalu-talu soalan ditanyakan pada dirinya sendiri menyebabkan nota yang pada mulanya dibaca hanya menjadi bahan perhiasan diatas meja. Senyuman terlukis diwajahnya. Kulit putih melepak bertukar kemerah-merahan.

   Pagi keesokan harinya usai melaksanakan solat subuh, Ariel terus menyarungkan sehelai tracksuit Forest berwarna hitam dan mengenakan t-shirt kosong beserta sehelai hoodies Guess di badannya. 

"Awal bangun cik abang oi." sapa roommate-nya, Nabil.

"Iya laa, nak jogging, Dah lama rasanya tak keluar jogging. Kau nak ikut tak?" balasnya sambil mengikat tali kasut sportnya.

"Err tak kut... Eh kawan aku ada bagitahu yang ada sorang budak ni, minat kat kau." 

"Siapa?"

"Entah, kawan aku tak kasi tahu nama pun."

"Ada-ada saja kau ni, silap-silap orang tu suka kat kau~" balas Ariel sambil menepuk-nepuk belakang Nabil. Nabil hanya mencebikkan.

   Setelah penat berjogging, Ariel berhenti seketika diatas sebuah kerusi batu yang tersedia di tepi tasik tempat pelajar-plajar beriadah. Dia memandang sekeliling dan ternampak kelibat seorang gadis bertudung peach yang berada tidak jauh dari tempat duduknya sedang leka membelek telefon. Macam kenal saja, desis hatinya. Dia berjalan menuju ke kerusi dimana gadis tersebut sedang beristirehat.

"Assalamualaikum." Ariel memberi salam.

"Waalaikumussalam." balas gadis tersebut tanpa mendongakkan kepala keatas untuk melihat tuan empunya suara.

"Tumpang duduk boleh" tanya Ariel. Gadis tersebut mengangguk-angguk, masih leka menatap skrin telefon bimbitnya.

"Fatonah kan?" tanya Ariel lagi. ish, siapa pula ni? bisik hati Fatonah lantas melihat jejaka disebelahnya. Wajahnya bertukar merah padam. Matanya bertentang mataAariel. Mata berwarna hitam pekat tersebut ditenungnya dengan hati yang terasa seperti hendak keluar dari rib cage-nya. Aduhaii, macam mana aku boleh tak perasan yang Ariel duduk sebelah aku! 

Ariel mengerutkan dahinya. "Err, ada apa-apa kat muka saya?" tanya Ariel setelah melihat reaksi Fatonah yang tidak melepaskan pandangan kearahnya. Siapa pun terkejut kalu mamat macam Ariel ni datang menyapa. Aduhhh, cair aku! Fatonah bingkas bangun dan berlalu dari situ membiarkan Ariel dengan seribu tanda tanya.

Tamat imbas kembali.



"Jangan ambil hati sangat dengan budak kecik tu." ujar Ariel kepada Soleha.

"Haha, tak apa. Dia tu kecik lagi, bukan tahu apa-apa." ujar Soleha sambil memegang pintu pagar rumahnya yang terletak di Merdu Kayangan Town Villa.

"Tapi awak nak tak?" tanya Ariel. Soleha mengerutkan dahinya.

"Nak apa?" Hah sudah mamat ni, tiba-tiba saja tanya soalan pelik.

"Yang Sakinah tanya tadi? Sudi tak jadi wife i?" wajah Soleha bertukar merah setelah mendengar soalan yang terkeluar dari mulut Ariel. Lelaki itu pula sebaliknya, hanya tertawa kecil melihat reaksi Soleha.

"Kidding okay! Don't take it seriously. Okaylah, esok i ada meeting dengan daddy Fatonah. Assalamualaikum." ujar Ariel lantas berlau pergi mendapatkan keretanya. Soleha menjawab salam lalu masuk kedalam rumahnya.

   Hatinya masih lagi berdebar-debar saat ditanya soalan cepumas oleh Ariel. Dia menghempaskan diri keatas katil setelah mencabut tudung Ariani diatas kepala dan diletakkan diatas meja soleknya. Soleha! Get a grip! He's your best friend's husband! Late best friend's husband... She's gone now and... Arghh!!! Beribu jenis soalan ditanya pada diri sendiri. Am i fall in love with Ariel? Akhirnya Soleha tertidur dengan beribu persoalan diminda dan dihati.

 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Ariel melihat jam Versace Men ditangan. "Aduh, macam mana boleh lupa nak jumpa daddy nih." ujarnya sendirian lantas meninggalkan pejabatnya. Sesampainya di Killiney Kopitiam yang terletak tidak jauh dari tempat kerjanya, kelihatan seorang lelaki berusia lewat 50-an sedang menunggunya.

"Assalamualaikum daddy." sapanya kepada lelaki yang dipanggilnya 'daddy' itu.

"Waalaikumussalam, Ariel sihat? Apa khabar? Jemput duduk." balas lelaki yang bernama Zulqarnain itu.

"Sihat Alhamdulillah."

"Cucu daddy sihat?"

"Sakinah pun sihat Walafiat. Wlhamdulillah." balas Ariel.

"Actually, daddy ada satu permintaan, Daddy nak kamu fikir benda ni sehabis mungkin."

"Ada apa daddy? Penting sangat ke?" balas Ariel dengan wajah yang kehairanan.

"Hmmm, actually i have no heir or heiress to take over my company when i'm gone." luah Encik Zulqarnain.

"Eh, Abang Eddy kan ada..." balas Ariel dengan seribu tanda tanya singgah dihati. Takkan dia nak aku take over company dia? Habis company aku?

"Abang Eddy kamu tu? You want me to let him to take over my company? I'm afraid he'll ruin my business. You know him well right? Kerja nya berseronok sahaja. Masuk tahun ni, dah 4 tahun dia tak pulang Malaysia. Nak jadi warganegara tetap di New York tu agaknya." Ariel hanya mampu mengangguk dengan statement Enik ZulQarnain.

"So, i want you to take over my job. I have no one else to asked accept you Ariel. I already assume you as my own son ." sangkaan Ariel mengena tetap pada sasaran setelah Encik ZulQarnain menghabiskan ayatnya. akan tetapi bukalah syarikat besar milik bapa mertuanya yang dikejar.

"What about my company daddy?! What do you want me to do about it?! I can't let go the company that me and your daughter build together!" Ariel memberikan pertanyaan dengan nada yang agak tinggi kepada Encik Zulqarnain yang merangkap sebagai bapa mertuanya, bapa Fatonah.

 "We can merge our company. Now don't be so worked up,  i want you to think about this. My company, your wife's company too, since arwah Fatonah pegang 10% saham syarikat daddy." balas Encik Zulqarnain lantas meninggalkan Ariel berseorangan. Apa yang patut aku buat. Kalau aku bergabung syarikat dengan daddy, takkan adanya syarikat AFS Snd Bhd lagi.

Ariel, Fatonah, Sakinah.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Soleha! Sini kejap!" panggil Puan Zubaidah, ibu Soleha.

"Iya ummi!" balas Soleha yang berada didalam biliknya ditingkat dua rumah mereka.

Soleha dengan berhati-hati menuruni anak tangga rumanhnya. Dia melihat ibunya yang sedang duduk diatas sofa di ruang tamu. Asyik sungguh membaca surat khabar.

"Ada apa ummi?" tanya Soleha. Puan Zubaidah melakarkan senyuman kearah anak gadisnya itu.

"Ni macam ni, tadi kawan ummi ada tanya pasal Leha. Dia tanya anak ummi sorang ni dah berpunya ke." ujar Puan Zubaidah. Wajah Soleha berkerut.

"Ummi, tak nak la macam ni. Orang tak nak kahwin lagi." ujar Soleha dengan nada merayu.

"Bertunang dulu tak boleh?" balas Puan Zubaidah. Soleha mengeleng-gelenkan kepala. Kini wajah puan Zubaidah pula berubah.

"Habis Leha nak kahwin bila? Ingat Leha muda lagi? Dah 28 Leha! Ummi tak nak Leha jadi andalusia." balas ummi Soleha dengan nada tinggi.

"Ummi doakan leha jadi andalusia ke?" Soleha mengurut pelipisnya.

"Bukan macam tu, ummi cuma tak berapa berkenan Leha keluar dengan Ariel tu. Tak manis dilihat orang." balas Puan Zubaidah. "Lainlah Leha sudi nak kahwin dengan Ariel tu, kalau Leha sanggup jadi ibu Sakinah." sambung Puan Zubaidah lagi.

"Mama, dah seminggu Leha tak keluar dengan Ariel tu, lagipun kami cuma..." kata-katanya terhenti. Tiba-tiba dia teringat akan gurauan Ariel terhadapnya semasa mereka keluar membawa Sakinah makan ais krim di One Utama.

"Haa, kamu cuma apa? Sekarang macam ni, kalau kamu sudi jadi suri dihati Ariel, nanti ummi cuba tanya si Ariel ni samada bekenan atau tak nak menyuntik bunga di taman ummi ni." balas Puan Zubaidah. Amboi cik Zu, ayat berbunga-bunga nampak. Akan tetapi, wajah Soleha mulai merah padam.

"Ish ummi ni! Kesitu pulak!" Soleha hanya mencebik selepas mendengar statement tak boleh blah dari ibunya. Tiba-tiba telefon ditangan menjerit. Dia melihat diatas skrin Sony Experia Arc S miliknya. Tertera nama Ariel di skrin telefonnya. Dia melihat wajah ibunya. "Ha angkat lah, tu abang sayang dah telefon." ujar Puan Zubaidah dengan nada sindiran.

"Amboi melawak kasar nampak ummi." Soleha menjuihkan mulutnya lantas menjawab panggilan Ariel.

"Assalamualaikum." kedengaran suara Ariel dicorong telinga. Soleha melakarkan sebuah senyuman. Tiba-tiba hati berasa gembira.

"Waalaikumussalam, ya ada apa?" jawabnya dengan penuh sopan.

"I buntu Soleha, i need someone right now." suara Ariel kedengaran agak sayu. Wajah Soleha yang mulanya tersenyum bertukar menjadi terkejut.

"You ada masalah ke? Kenapa ni? You kat mana? Sakinah hilang ke"

"I kat pejabat la sayang oi, Sakinah dengan bibik kat rumah, tak hilang ke mana pun. But right now, i really need you! I'm in a big trouble right now." balas Ariel. Sayang? Did he just call me sayang? Oh my God!

"Okay, we'll meet up at kedai depan company you tu, ok?" balas Soleha risau bercampur gembira.

"You tak cuti ke? Oh iyalah, week days... I je rajin masuk kerja." balas Ariel.

Panggilan dimatikan. Soleha menoleh melihat ibunya kemudian menoleh kembali ke luar rumahnya. Kelihatan beberapa biji kereta dan motorsikal lalu melintasi jalan dihadapan rumahnya. Hatinya berbunga riang.

Bersambung





(p;s= sory lambat gila update, ingat nak update semalam tapi tak sanggup sebab ingatnya malam jumaat, esok pagi nak pi solat jumaat, tak sanggup eden nak tido lambat2, tak pasal2 tersengguk2 kat dalam masjid.... so, inilah dia... komen tau kalau tak puas hati, tapi tegur secara berhemah okay!!!")


5 comments:

dzafirahzain said...

nice story... menunggun diupdate~~~

ALLIF_allfie said...

tenkiuu~ :D :D :D

NURUL FILZAH said...

knp bersambung.. ermmm :(

ALLIF_allfie said...

baru saspen sikit~ hihi...

Unknown said...

Bravo :D Keep it up.