Friday, March 22, 2013

SPM OH SPM!!!

ASSALAMUALAIKUM AND SALAM SEJAHTERA TO ALL MY READERS~

Ok, aku dah decide untuk kurangkan penggunaan Bahasa Inggeris setiap kali aku buat entry baru. Sebab? haa, senang readers nak baca... lagipun BI aku bukan ok sangat pun. hmmmm~

Ok, baru-baru ni, 21/3/13, as we all know, result SPM keluar, and as i promised dalam entry yg lps, aku akan perbanyakkan buat entry baru kalau result SPM aku ohsemmm, tpi akan aku kurangkan kalu result SPM aku xohsemm @ biasa2 saja.... DAN DAN DAN!!! Nampaknya aku kena perbanyakkan tulis entry yg karut marut macam ni lagi banyak la... you guess yourself jahhh oiii~hihi

ok, kali ni aku nak cerita pasal tips-tips menghadapi spm, well, bukan setakat spm sebenaqnya, tips2 yang aku nak bgi ni boleh digunakan sebagai persediaan mana-mana exam pun kat dunia nih~ bhahahahahahaha (overr detopppssss kak senahh uii)

TIPS-TIPS SPM FROM AN EX STUDENT OF SMK SUNGAI LAYAR~

1. study dalam keadaan yang selesa

2. study ikut masa dan kesesuaian(anytime korang rasa paling ok untuk study, kalu aku, aku prefer kul 3-6 pg)

3. jangan stress!!!

4. MESTI FOKUS DALAM KELAS! terus tanya cikgu  kalau tak paham, kalau malu jumpa cikgu time rehat or time lapang, bagi faham sekurang-kurangnya 85% tpi lagi bgus kalau faham 100% dalam sesuatu bab atau subject.

5. jangan paksa diri untuk belajar kalau letih, ambil masa untuk berehat. 

5. follow kawan yang rajin study, biar semangat untuk belajar naik

6. JANGAN SESEKALI HINA GURU YANG MENGAJAR! guru-guru bagi kat kita ilmu, tetiba kita hina diorng pulak, sikap macam ni tersangatlah biadap dan tak bermoral... harus dilempar kedalam tong sampah saja maaa~

7. jangan meninggi diri, kalau iya pun kita dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan biasa, tak bermakna kita akan dapat keputusan cemerlang dalam the real examination later, so BE HUMBLE

8. JANGAN TINGGAL SOLAT DAN IBADAT NAWAFIL(SUNAT) kalut study sampai lupa allah swt pemberi rezeki, no no no... take time to berzikir and bersolat... tersangatlah penting untuk tak tinggal solat sebab dengan solat kita lebih tenang, bila tenang kita mudah jawab soalan yang diberi...

9. baca yaasiin sebelum ambil exam, bangun untuk solat subuh kul 6, lps solat baca yaasin then boleh la bersiap ke sekolah sambil buat sedikit lagi ulangkaji, just usha-usha balik ja apa yang penting...

10. baca ayat kursi, al fatihah dan 3 kul, serta doa belajar semasa hendak mula menjawab soalan

11. bila exam dah habis tak bermakna semua yang diatas ni tak perlu lagi dilakukan atau diamalkan, teruskan berzikir dan berselawat, jangan tinggal solat!!! dalam solat ada kejayaan, kita tak boleh la kejar dunia semata-mata sampai akhirat dilupakan!

12. tawakal, asyik sebut ja tawakal tapi dok mengharap gila untuk dapat keputusan cemerlang bukan tawakal namanya.... cara betul untuk tawakal ialah dengan berdoa dan meminta kepada allah swt supaya kita diberikan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan....

haaa~ itu la tips2 yang boleh aku bagi, tapi ingat! jangan cuma tau kata "aku redha pada allah swt" padahal tak usaha langsng, mana boleh macam tu, ya kita wajib redha dngan apa apa pun tapi ayat tu cuma boleh digunakan lepas selesai menjawab soalan-soalan jaa.... usaha tangga kejayaan!!! IN SHA ALLAH!!! ALLAHUAKHBAR!!!

akhir sekali gambaq yang diambil oleh cikgu sekolah...

            aku dengan cikgu haryati merangkap guru kaunseling di smk sungai layar, masa nak bagi nama untuk ***(shooo, secret!) hihihi

adios, goodbye and ASSALAMUALAIKUM!

No comments: