Wednesday, March 5, 2014

PILIHAN...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

aku actually ada banyak assignment+final project+case study... tpi disebabkan gian nak hapdet blog, aku curik masa sikit nak menghapdet... serious, struggle gila kat sini... nasib baiklah kawan-kawan semua masuk air, sporting habis plus gila gila tahap hospital bahagia... hahahaha

Pilihan... Kenapa kena pilih? Pilih apa? Haaa, dalam hidup ni, setiap benda diberikan pilihan, nak makan ada pilihan, nak berak ada pilihan(nak masuk tandas atau 'lepas' tepi jalan), nak tido ada pilihan(nak tido berdiri atau berjalan? haha). Oklah bukan tu pilihan yang aku maksudkan. Secara spesifik pilihan yang aku nak cakap ialah pilihan tentang hidup... Kearah mana yang kita nak? Kebaikan atau Keburukan? Yes kita ada pilihan, yang akan efek hidup kita... Kalau cakap kebaikan dengan keburukan ni universal... Kebaikan merangkupi banyak benda. Keburukan also merangkumi banyak benda jugak... Sebagai orang dewasa yang bijak dan pandai berfikir secara rasional, kita mesti dapat bezakan yang baik dan buruk. Itulah gunanya akal pemberian allah swt.

Pilihan selalunya akan lebih kearah keburukan kalau dibuat berdasarkan nafsu semata-mata. sebaliknya kalau kita berfikir dahulu sebelum membuat pilihan, insya allah lebih baik. Contohnya, kawan hisap rokok, kita ada pilihan samada untuk ikut atau katakan "TAK NAK KEPADA ROKOK!". Ahaha over sangat Makjah haa.... Dan kalau ikut napsu memang la dah follow kengkawan, tapi kalau kita berfikir sejenak(bajet kau bajett) mesti kita akan ingat pesan mak ayah, mesti kita akan fikir pasal bahaya merokok, mesti kita akan fikir pasal akibat merokok tu kan... Ok ni cuma example ok, kepada perokok tegar, jangan nanti sentap lak... Huhuhu

Aku dah banyak kali berdepan dengan kes ni. Aku ni jenis kuat membeli, so aku suka membeli... Dok jauh ni, kita kena la berjimat cermat, kalau setiap hari kau breakfast, lunch, dinner ngan supper kat kfc @ pizza hut, anak Bill Gates pun boleh jeles... (Ya ka? Haha no komen). Aku ni makan kuat, membeli dan membelah pun xkurang hebatnya. so aku pernah la sekali terover time shopping, akibatnya budget lari... nak mintak kat mak ayah aku pun jadi segan sebab salah aku sendiri... beberapa hari jugakla aku menahan perut... time tu memang azab laaa. Tapi dah aku yang gatai pi shopping tak ingat akhirat, salah aku sendiri la... Padahal aku boleh jaaa beli apa yang perlu. Baju bebanyak, pakai yang sama jaa, yang baru kekadang pakai sekali dahtu tak pakai dah...(Amaran, Jangan Tiru Perangai Saya, Tak Elok Untuk Kesihatan...). Sampai la tinggal Rm5 dalam poket, dalam bank tak payah cakap la, memang kemarau la kan, baru aku call mak aku... Kena la kot ceramah dalam dua tiga jam (ok ini satu penipuan) baru aku insaf sikit. Cuma sekarang aku kontrol sikit kalau bab makan tu, makan kalau ala-ala orang membela hantu raya, memang Rm100 tu boleh habiskan dalam dua tiga hari ja tau.

Alhamdulillah, aku kontrol nafsu makan tu, baru dapat kontrol aku punya tindakan luar kawalan semasa membeli makanan di kafe @ kantin. Cumanya sekali tu aku merajok punya pasai sebab mak aku tak bagi balik, kerja makan luar jaaaa... Menyesal tu adalah sedikit, huhu... Minggu ni kengkawan aku banyak yang balik, aku ja tak boleh balik, yet again. So kita tengok samada aku boleh tahan atau tak napsu makan aku yang macam hantu raya tak makan sebulan ni... hahaha